Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.
Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petaling Jaya, SMK Aminuddinbaki Kuala Lumpur, SM Sains Selangor,Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan februari 1986 hingga bulan November 1986.
Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di
beberapa buah sekolah lagi.
Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program
Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat sekolah.
IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.
Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursustersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, SultanHaji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.
Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan KursusTeragih diperingkat negeri masing-masing.
Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.
Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu
· Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS
· Teknik tafsiran keperluan
· Teknik-teknik latihan.
· Teknik penilaian program
· Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
· PRS dari perspektif Islam
Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul